KRT TAMAN MAWAR, PEDAH & PEDAH JAYA,
27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR.

MARILAH BERAMAI-RAMAI SERTAI GOTONG -ROYONG PERDANA UNTUK KECERIAAN DAN KEINDAHAN TAMAN KITA.

Salam Ukhuwah dari Warga KRT Taman Mawar Pedah Jaya



Pengerusi KRT Taman Mawar Pedah Jaya sedang menyampaikan ucapan dalam Majlis Pelancaran Kejohanan Futsal Jiran Muda yang berlangsung di Inderapura Futsal Centre. Kejohanan ini telah menarik minat golongan muda untuk beriadah dan berjaya mencungkil ramai pemain berbakat untuk diketengahkan. Antara aktiviti lain yang sedang dirancang ialah Gotong-royong Perdana, Kempen Gaya Hidup Sihat, Kembara Berbasikal, Sukaneka Tunas Jiran, Program Rakan Surau, Skim Rondaan Sukarela, Ceramah & Pameran Kesihatan, Hari Usahawan KRT, Membuka Gerai Jualan Usahaniaga, Rehlah Rekreasi Keluarga, Sambutan Hari Perayaan, Kempen Bumi Hijau, Pertandingan Rumah Ceria, Penubuhan Pusat Akses Kanak-kanak, Skim Tuisyen Kelompok, Hari Anugerah Anak Cemerlang, Pembinaan Gelanggang Serbaguna, Menaik taraf Dewan Terbuka,Program Perpaduan masyarakat majmuk & sebagainya.

Gotong-royong Assyura





Aktiviti

KEJOHANAN FUTSAL JIRAN MUDA 2009 DISERTAI REMAJA PELBAGAI KAUM.




JawatanKuasa KRT Taman Mawar Pedah Jaya

Penasihat : En. Tahar Musa (Pen.Peg.Perpaduan Daerah)
Pengerusi : En. Namli Osman
Naib Pengerusi :Tn Hj. Ahmad Radzi Abd Rahman
Setiausaha :En. Azli
P.Setiausaha : En.Azuri Shaari
Bendahari :En. Nik Man MK Chu
AJK :
1. En. Abdullah Mamat - Keselamatan
2. En. Shamsul Nizam Mohd Ali - Jiran Muda
3. En. Nordin Mohd Noor - Tunas Jiran
4. En. Nik Man MK Chu - Jiran Warga Emas
5. Pn. Umi Salamah Ishak - Jiran Wanita
6. En.Azaman Zakaria
7. En. Jazari Jalil
8. En. R.Munusamy a/l Rangavan
9. En. Tai Fok Seng
10.En. Lee Saw Fong
11.En.Radzuan Arshad
12.En.Rosli Mahmud
13.Pn.Habsah Abdullah
14.Pn. Noor Hairiah Yaakob
15.Pn. Wan Abidah

Penubuhan KRT Taman Mawar,Pedah & Pedah Jaya


KRT Taman Mawar, Taman Pedah dan Taman Pedah Jaya telah ditubuhkan dengan hasrat untuk menimbulkan semangat muafakat, kerjasama,tolenrasi dan perpaduan di kalangan masyarakat setempat. Semua ini menjadi titik permulaan ke arah gaya hidup yang saling bertolong bantu, harmoni dan sedia bertolak ansur walaupun terdiri dari kaum pelbagai bangsa, latar belakang, profesion dan sebagainya.
KRT Taman Mawar, Taman Pedah dan Taman Pedah Jaya merupakan suatu gabungan unik 3 taman perumahan namun merupakan suatu lambang perpaduan yang jitu. Warganya hidup rukun damai , mesra dan ceria dalam hubungan silaturrahim kekeluargaan yang erat.
Biro-biro utama yang menjadi sayap KRT ini terdiri dari Biro Jiran Muda, Jiran Wanita, Jiran Warga Emas, Tunas Jiran dan Biro Keselamatan. Aspek keselamatan dan pencegahan jenayah juga menjadi asas penubuhan KRT ini. Skim Rondaan Sukarela yang akan dilancarkan nanti akan menjadi medan terbaik untuk penglibatan semua ahli masyarakat setempat di sini bergaul mesra dan berganding bahu menjayakan wawasan KRT.