Penubuhan KRT Taman Mawar,Pedah & Pedah Jaya


KRT Taman Mawar, Taman Pedah dan Taman Pedah Jaya telah ditubuhkan dengan hasrat untuk menimbulkan semangat muafakat, kerjasama,tolenrasi dan perpaduan di kalangan masyarakat setempat. Semua ini menjadi titik permulaan ke arah gaya hidup yang saling bertolong bantu, harmoni dan sedia bertolak ansur walaupun terdiri dari kaum pelbagai bangsa, latar belakang, profesion dan sebagainya.
KRT Taman Mawar, Taman Pedah dan Taman Pedah Jaya merupakan suatu gabungan unik 3 taman perumahan namun merupakan suatu lambang perpaduan yang jitu. Warganya hidup rukun damai , mesra dan ceria dalam hubungan silaturrahim kekeluargaan yang erat.
Biro-biro utama yang menjadi sayap KRT ini terdiri dari Biro Jiran Muda, Jiran Wanita, Jiran Warga Emas, Tunas Jiran dan Biro Keselamatan. Aspek keselamatan dan pencegahan jenayah juga menjadi asas penubuhan KRT ini. Skim Rondaan Sukarela yang akan dilancarkan nanti akan menjadi medan terbaik untuk penglibatan semua ahli masyarakat setempat di sini bergaul mesra dan berganding bahu menjayakan wawasan KRT.

1 comment:

  1. halo
    dis is ur resident in tmn pdh jaya
    simple je r blog nie
    wat r gempak sikit
    baru bes
    hehehehee..
    -budak pj3-

    ReplyDelete