Salam Ukhuwah dari Warga KRT Taman Mawar Pedah Jaya



Pengerusi KRT Taman Mawar Pedah Jaya sedang menyampaikan ucapan dalam Majlis Pelancaran Kejohanan Futsal Jiran Muda yang berlangsung di Inderapura Futsal Centre. Kejohanan ini telah menarik minat golongan muda untuk beriadah dan berjaya mencungkil ramai pemain berbakat untuk diketengahkan. Antara aktiviti lain yang sedang dirancang ialah Gotong-royong Perdana, Kempen Gaya Hidup Sihat, Kembara Berbasikal, Sukaneka Tunas Jiran, Program Rakan Surau, Skim Rondaan Sukarela, Ceramah & Pameran Kesihatan, Hari Usahawan KRT, Membuka Gerai Jualan Usahaniaga, Rehlah Rekreasi Keluarga, Sambutan Hari Perayaan, Kempen Bumi Hijau, Pertandingan Rumah Ceria, Penubuhan Pusat Akses Kanak-kanak, Skim Tuisyen Kelompok, Hari Anugerah Anak Cemerlang, Pembinaan Gelanggang Serbaguna, Menaik taraf Dewan Terbuka,Program Perpaduan masyarakat majmuk & sebagainya.

No comments:

Post a Comment